Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Paulus Palu Gumbang hadir ke Majlis Perasmian Chapel St. Mary Bukid Gudang Limbang. Foto TVS

Komited bangunkan rumah ibadat pelbagai agama

LIMBANG,27 Apr: Kerajaan Sarawak komited membangunkan rumah ibadat pelbagai agama di wilayah ini termasuk membina lebih 20 gereja dan chapel di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, bagi tujuan itu sebahagian peruntukan disalur melalui Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan dana Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana di bawah program pembinaan chapel, kita menyalurkan peruntukan besar untuk pembinaan chapel di kawasan Batu Danau.

“Setakat ini saya rasa lebih daripada 20 chapel termasuk yang belum siap dan dalam pembinaan. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana membantu pembinaan rumah ibadat ini,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Chapel St. Mary Bukid Gudang Limbang hari ini.

Menurutnya, pembinaan gereja dan chapel merupakan hasil usaha gigih komuniti setempat serta sokongan kukuh Kerajaan Sarawak.

Pada masa sama katanya, kemudahan rumah ibadat seperti gereja bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti keagamaan tetapi merupakan lambang kepercayaan dan perpaduan antara komuniti Kristian di Sarawak.

Mengulas mengenai pembinaan Chapel St. Mary Bukid Gudang Limbang, ia dibina pada 2017 dan siap pada 2019 di bawah peruntukan RTP dengan kos bernilai RM300,000.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan