Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert yang menggabungkan penyanyi tempatan Malaysia dan kumpulan terkenal Indonesia, Nidji memukau penonton dengan persembahan bertenaga dan penuh emosi. Foto Faitullah Morni (TVS)

3,000 peminat terpukau dengan Nidji

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Apr: Konsert Nidji – Pelangi 2025 yang diadakan di Kuching pada Sabtu berlangsung meriah dengan kehadiran 3,000 peminat yang memenuhi stadium seawal jam 5 petang.

Konsert yang menggabungkan penyanyi tempatan Malaysia dan kumpulan terkenal Indonesia, Nidji itu memukau penonton dengan persembahan bertenaga dan penuh emosi.

The Beretta’s memulakan persembahan pada jam 7:30 malam dengan lagu popular seperti Laskar Pelangi, Teori Copolla, dan I Don’t Love You yang terus menghangatkan suasana.

Seterusnya diikuti pada jam 8:15 malam, Zah Amirul menyampaikan lagu Mungkin Nanti, Yellow (Coldplay) dan Hati yang mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Pada jam 9 malam, giliran Bob Yunus pula menghiburkan peminat dengan lagu Kan Terganti, Kekasih Bayangan dan Rumah Singgah.

Drama Band mengambil alih pentas pada 9:15 malam dengan mempersembahkan lagu seperti FYP, Drama dan Biarkanlah.

Tumpuan utama konsert pastinya diberikan kepada Nidji yang memulakan persembahan mereka pada jam 10:15 malam dengan mendendangkan lagu-lagu hits seperti Sumpah Cinta Mati, Hapus Aku dan Arti Sahabat yang turut mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat.

Pemakaian kod warna turut menjadi perhatian,  pengunjung yang datang berpasangan mengenakan pakaian hitam sementara mereka yang masih bujang mengenakan pakaian putih sekali gus menambahkan lagi keseronokan suasana.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan