Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga emas yang hilang di hutan ketika mencari kayu untuk membuat perangkap ikan di Kampung Judan di sini semalam, ditemui selamat hari ini. Foto JBPM

Warga emas hilang di hutan ditemui selamat

MUKAH, 26 April: Lelaki warga emas yang hilang di hutan ketika mencari kayu untuk membuat perangkap ikan di Kampung Judan di sini semalam, ditemui selamat oagi tadi.

Komander Operasi, Nicholas Belulin berkata, mangsa, Narudin Abdullah,75, ditemui pada jam 11 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dimulakan jam 8 pagi tadi dilakukan pihak bomba, polis dan penduduk kampung.

“Team SAR penduduk kampung telah menjumpai mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dari hutan jam 12.30 tengah hari dan seterusnya di hantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarga ketika mencari kayu untuk membuat perangkap ikan semalam.

Pihak bomba menerima panggilan behubung kes itu jam 8.15 malam tadi dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

Dilaporkan warga emas berkenaan hilang dihutan Kampung Judan setelah keluar mencari kayu untuk membuat perangkap bagi menahan jaring ikan pada jam 11 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan