Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba mengambil maklumat sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan laporan kehilangan seorang lelaki warga emas di hutan. Foto JBPM

Warga emas dikhuatiri hilang di hutan Kampung Judan

MUKAH, 26 April: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang di hutan Kampung Judan di sini, ketika mencari kayu untuk membuat perangkap ikan pada Jumaat.

Komander Operasi, Mustapha Wasli berkata, pihaknya menerima panggilan behubung kes itu jam 8.15 malam tadi dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan warga emas lelaki Narudin Abdullah,75, hilang dihutan Kampung Judan setelah keluar mencari kayu untuk membuat perangkap bagi menahan jaring ikan pada jam 11 pagi.

“Sehingga kini masih belum balik ke rumah. Ahli keluarga telah meminta bantuan mencari beliau disebabkan mangsa gagal dihubungi sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba telah sampai di lokasi dan sedang mengambil maklumat sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi telah dimulakan malam tadi dan ditangguh pada jam 9.29 malam atas faktor cuaca gelap.

“Operasi pencarian mangsa akan pagi ini setelah perbincangan dengan pihak oolis serta ahli keluarga mangsa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan