Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paus Francis meninggal dunia pada Isnin, 21 April 2025 pada usia 88 tahun di kediamannya di Casa Santa Marta, Vatican. Foto AFP

Trump tiba di Rom, hadiri pengebumian Paus Francis

ByBernama

ROM, 26 April: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di ibu negara Itali untuk menghadiri majlis pengebumian Paus Francis, dalam lawatan rasmi luar negara pertamanya sejak memulakan penggal kedua, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pesawat Air Force One yang membawa Trump dan Wanita Pertama, Melania Trump mendarat di Lapangan Terbang Fiumicino, Rom pada petang Jumaat.

Menurut Rumah Putih, Trump dijadual menghadiri upacara pengebumian yang bakal berlangsung pada 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) Sabtu.

Beliau dijangka berlepas pulang sejurus selepas upacara selesai.

Bekas Presiden AS, Joe Biden bersama isterinya, Jill dijangka turut hadir.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan