Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025 berlangsung dalam gelanggang kaca terletak di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland pada Jumaat. Foto AFP

Sivasangari cemerlang di Zurich, ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 April: Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Grasshopper Cup 2025 berlangsung dalam gelanggang kaca terletak di Zurich Hauptbahnhof, Switzerland pada Jumaat.

Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang menyingkirkan pilihan kelapan Nada Abbas dari Mesir 11-6, 11-3 pada perlawanan suku akhir.

Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-11 dunia mengakui sangat berpuas hati dengan strategi permainannya yang disifatkan menjadi kali ini.

“Sebenarnya saya agak gementar, tetapi saya pastikan sentiasa mendahului mata dan ikut rentak sendiri. Saya elakkan mengikut rentak permainan lawan, fokus kepada taktik dan corak permainan sendiri dan ia berlaku dengan baik hari ini,” katanya menerusi lawan web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.

Atlet kelahiran Kedah itu dijadualkan berdepan pilihan kedua Tinne Gilis dari Belgium, yang sebelum itu menewaskan Salma Hany dari Mesir 11-9, 11-8.

Sementara itu, dalam satu lagi kejohanan di Washington, Amerika Syarikat (AS), dua wakil negara iaitu perseorangan lelaki Ng Eain Yow dan perseorangan wanita Rachel Arnold masing-masing meneruskan momentum cemerlang melangkah ke separuh akhir Squash On Fire Open 2025.

Eain Yow selaku pilihan kedua yang tewas set pertama bangkit untuk melengkapkan perlawanan mengatasi Karim El Hammamy dari Mesir 5-11, 11-8, 11-3, 11-3.

Pemain berusia 27 tahun itu dijadualkan berdepan seorang lagi wakil Mesir, Kareem El Torkeyof yang mengejutkan pilihan keenam Velavan Senthilkumar dari India 7-11, 11-7, 9-11, 11-4, 13-11.

Rachel yang diletakkan sebagai pilihan keempat mengetepikan cabaran pilihan kelapan Nadine Shahin dari mesir 11-6, 11-7, 11-7 untuk membuat penentuan di separuh akhir berdepan pilihan utama Rowan Elaraby juga dari Mesir.

Rowan menewaskan rakan senegara Salma Eltayeb 11-6, 11-5, 11-8.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan