Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Foto TVS

Sarawak bertegas isu kuota 35 peratus kerusi Parlimen

KUCHING, 26 April: Kerajaan Sarawak bertegas dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan semula kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi di Parlimen, seperti yang digariskan dalam semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, meskipun rundingan berhubung perkara itu sedang berjalan, kerajaan negeri tidak akan sekali-kali berkompromi dalam mempertahankan hak tersebut.

Namun katanya, ia perlu melalui proses rundingan dan perbincangan bersama pihak berkaitan kerana ia merupakan sebahagian daripada proses.

“Keterlibatan itu penting sebahagian daripada proses, proses ini mungkin akan mengambil masa tapi kita tidak akan mahu pastikan bahawa kita tidak akan sesekali berkompromi terhadap hak kita untuk 35 peratus kerusi itu.

“Mungkin ia satu proses yang berterusan kita akan lakukannya, walaupun ia ambil sedikit masa, tapi ya ia memang memerlukan keterlibatan rundingan dan perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita Majlis Agihan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Pelajar YAKIN di Auditorium Wisma Adenan, Yayasan Sarawak, Kuching pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa penglibatan aktif dan interaksi berterusan amat penting dalam memastikan penyelesaian yang adil dan memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah dan Sarawak, tetapi juga kepada keseluruhan negara.

Berhubung garis masa penyelesaian isu tersebut, Sharifah Hasidah menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak menetapkan tempoh khusus memandangkan proses itu melibatkan pelbagai peringkat perbincangan. Namun, beliau berharap hasil positif dapat dicapai dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan