Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak M-FICORD Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merasmikan FAMA FEST 2025 Sarawak di sini pada Jumaat. Foto Salasiah Safian (TVS)

Potensi FAMA FEST 2025 Sarawak tarik minat generasi muda

BySalasiah Safian

MIRI, 26 Apr: FAMA FEST 2025 Sarawak diyakini mampu menarik minat generasi muda menceburi sektor pertanian menerusi pendedahan kepada inovasi dan pendigitalan dalam industri itu.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak M-FICORD Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, FAMA FEST bukan sekadar platform bagi usahawan menjual produk, malah menjadi medium penting dalam memperkenalkan inovasi pertanian digital kepada masyarakat.

“Yang lebih adalah kita mahu menarik minat dan juga memastikan to reassure bala-bala petani terutama yang generasi muda untuk melihat bahawa supply chain ini kita boleh kerajaan boleh bantu dan sebagainya.

“Itu sebab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti yang saya katakan sebentar tadi bahawa ia mempunyai dua pendekatan iaitu satu, mesti ada makanan di atas meja dan satu lagi sudah semestinya adalah untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan FAMA FEST 2025 Sarawak di sini pada Jumaat.

FAMA FEST 2025 Sarawak merupakan edisi keempat yang dianjurkan di negeri ini dan menjadi lokasi pembukaan bagi siri jelajah program itu.

Selepas ini jelajah tersebut akan diteruskan ke Johor, Perak, Sabah, Selangor dan dijadual berakhir di Negeri Sembilan.

Bagi penganjuran kali ini, FAMA menyasarkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM5.3 juta, membabitkan 383 usahawan dan dijangka menarik kehadiran seramai 260,000 pengunjung di setiap lokasi.

Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk kerjasama strategik antara FAMA dan PayNet dalam mempromosi penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan usahawan tani dan pengunjung.

Sejak 2023 hingga 2024, kerjasama di antara FAMA dan PayNet telah mencatatkan lebih 5 juta transaksi, menunjukkan impak besar terhadap pembangunan sistem pembayaran digital sektor pertanian negara.

Bagi tahun 2025, PayNet sekali lagi menjadi rakan strategik yang dapat memperkukuh komitmennya dengan tajaan bernilai RM1 juta, sebagai tanda sokongan terhadap usaha FAMA dalam memodenkan sistem pemasaran hasil pertanian dan memacu ekonomi digital negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan