Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee semasa sesi sidang media Bantuan Khas Institusi Pengajian Tinggi di Wisma Adenan Yayasan Sarawak. Foto TVS

Pendaftaran fasa pertama BKK pelajar Sarawak dibuka 1 Mei

KUCHING, 26 April: Pendaftaran bagi Bantuan Kewangan Khas (BKK) berjumlah RM1,200 kepada pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia akan dibuka selama sebulan bermula 1 Mei ini bagi fasa pertama manakala fasa kedua pula dijadualkan bermula pada September depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, berkata bantuan ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 28 Jun depan, dan pengagihan bantuan akan dilakukan melalui platform e-dompet milik kerajaan negeri, S Pay Global.

“Kita mempunyai dua peringkat pendaftaran kerana ada pelajar yang akan mendaftar atau mendaftar pada bulan September nanti.

“Saya akan mengumumkan juga bahawa pelancaran skim ini akan diadakan pada 28hb Jun oleh Premier Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media Bantuan Khas Institusi Pengajian Tinggi di Wisma Adenan Yayasan Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, penerima yang menuntut di IPT semenanjung juga masih boleh menikmati bantuan tersebut dengan membuat bayaran menggunakan pautan aplikasi e-dompet DuitNow.

Dianggarkan seramai 60,000 pelajar yang akan menerima manfaat daripada bantuan yang dikreditkan melalui S Pay Global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan