Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Pemandu Perodua Bezza lawan arus ditahan

ByBernama

SEGAMAT, 26 April: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kejadian berkenaan dikesan menerusi rakaman video berdurasi 18 saat yang tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dipandu secara berbahaya.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah dan dia juga tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan