Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Karnival Raya Bagan Datuk di Waterfront Bagan Datuk hari ini. Foto Bernama

Majlis TVET Negara salur RM1 juta kepada UNISEL perkasa kursus TVET

ByBernama

BAGAN DATUK, 26 April:  Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara telah menyalurkan peruntukan RM1 juta kepada Universiti Selangor (Unisel), bagi mengendalikan kursus berkaitan TVET yang relevan dengan permintaan pasaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kursus TVET yang dikendalikan di universiti itu juga, menjanjikan permulaan gaji yang baik sekali gus meningkatkan taraf kehidupan pelajar lepasan TVET.

“Walaupun gaji minimum telah ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM1,700, tetapi insya-Allah lepasan TVET terutamanya daripada Unisel gaji minimum insya-Allah majikan akan berikan sebanyak RM3,000, dengan syarat kursus-kursus itu mesti sesuai dengan keperluan pasaran.

“Saya sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara juga merasakan bahawa enam buah MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia), akan terus menjalinkan kerjasama dengan pemain-pemain industri supaya kursus-kursus yang ditawarkan oleh enam MTUN ini, benar-benar bersesuaian dengan permintaan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Karnival Raya Bagan Datuk Sempena Jelajah Malaysia MADANI Unisel Depani, dengan kerjasama Parlimen Bagan Datuk di Dataran Waterfront Bagan Datuk di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Unisel Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merasmikan Pogram Submodul Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE), melibatkan 119 orang Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Dewan Armada Utama, Politeknik Bagan Datuk.

Program berkenaan merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Tahun 2024/2025.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, program tersebut merupakan manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan rakyat melalui pembangunan luar bandar berlandaskan nilai kesejahteraan, yang menekankan keseimbangan pembangunan fizikal dan sosial.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan