Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra bersama tetamu jemputan pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersama Rakyat Malaysia di UK yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, pada Jumaat. Foto Fadillah Yusof (FB)

Grid tenaga ASEAN perkukuh kerjasama serantau – Fadillah

ByBernama

LONDON, 26 April: Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan kepentingan kerjasama itu, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan APG seterusnya meningkatkan keterjaminan, akses dan kemampuan tenaga di rantau ini.

Mengambil contoh letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas, Fadillah berkata insiden itu menyebabkan saluran gas terpaksa ditutup sehingga menjejaskan orang ramai dan industri.

Bagaimanpun, katanya hasil hubungan baik dengan Thailand, negara jiran itu telah membekalkan gas kepada Malaysia seterusnya dapat menampung dan mengurangkan kesan kepada kira-kira 200 industri dan pengguna.

“Orang melihat kejadian itu di situ saja tetapi kesannya sampai ke utara. Gas dari selatan tidak sampai (di sana) disebabkan aliran paip gas terpaksa ditutup kerana kalau tidak, ia (letupan) akan merebak ke tempat lain.

“Kita berterima kasih kepada Thailand kerana menghulurkan bantuan,” katanya pada majlis makan malam dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London di sini pada Jumaat.

Seramai 80 orang menghadiri majlis tersebut, terdiri daripada pelajar Malaysia, wakil syarikat berkaitan kerajaan dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar, Ketua Pegawai Tenaga Baharu Tenaga Nasional Bhd (TNB) Mohd Zarihi Mohd Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili serta delegasi dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Fadillah berkata bantuan yang diberikan oleh Thailand itu jelas membuktikan bahawa APG sangat diperlukan oleh negara anggota ASEAN terutama jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Misalnya Vietnam, Indonesia dan Laos mempunyai angin yang kuat dan boleh mendapat sumber tenaga daripada angin.

“Bagaimanapun, ada masa jika mereka kekurangan angin untuk menghasilkan tenaga, negara anggota lain akan membantu. Ini menunjukkan jika kita dapat bekerjasama secara serantau, ia dapat menjamin bekalan tenaga yang mencukupi dan pada kadar mampu dibiayai. Inilah (APG) yang kita rencanakan” katanya.

Timbalan Perdana Menteri tiba di sini dari Turkiye pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan