Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Northern Sarawak Journalist Association di sini malam tadi. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Era digital beri tempias kepada wartawan

BySalasiah Safian

MIRI, 26 Apr: Kepesatan teknologi pada masa kini telah mengubah cara penciptaan dan penyebaran serta manfaat sesebuah maklumat.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, selain memberi kelebihan ia juga merupakan cabaran kepada para wartawan pada era ini.

“Walaupun ia telah mendemokrasikan penciptaan kandungan dan memberi kebebasan bersuara namun ia juga telah menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak sahih.

“Di tengah-tengah ‘kekacauan’ ini, wartawan memikul tanggungjawab yang lebih besar bukan hanya untuk melaporkan, tetapi untuk mengesahkan dan menjelaskan bagi mengurangkan kekeliruan dalam kalangan pembaca dan penonton,” katanya.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bergambar kenangan bersama-sama barisan NSJA Office Bearers term 2025-2026. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Northern Sarawak Journalist Association di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pihak media untuk tidak bergantung kepada Kepintaran Buatan (AI) secara membuta tuli.

Sebagai ‘gatekeeper’ kepada maklumat awam, media katanya harus mempunyai standard ketepatan tertinggi.

“AI adalah untuk membantu, bukan untuk menggantikan akal fikiran manusia. Marilah kita memastikan bahawa teknologi memudahkan bukan melemahkannya,” ujarnya lagi.

Beliau turut menggesa para wartawan untuk mengutamakan penyelidikan menyeluruh dan ketepatan fakta dalam bidang kerja kewartawanan.

Katanya, melalui pelaporan yang bertanggungjawab, pihak media boleh membantu membina masyarakat yang lebih bermaklumat dan bersatu padu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan