Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam suspek ditangkap di lokasi berbeza. Foto hiasan Envato

Enam individu ditahan, kes tembak selesai kurang 12 jam

BySaibi Gi

KUCHING, 26 April: Polis berjaya menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati seorang mangsa di dalam kenderaan dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 45 tahun itu ditangkap di lokasi berbeza antara jam 4.00 petang hingga 5.30 petang, hari ini.

“Turut dirampas sebuah kereta dan sepucuk pistol berserta 10 butir peluru,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian berkenaan, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

“Semua suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 5.30 pagi apabila dua lelaki hadir ke Balai Polis Batu Kawa memaklumkan bahawa rakan mereka ditemui terbaring di dalam sebuah kereta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan