Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baijuri Jauji yang mewakili N41 Kuala Rajang dan Shahrizal Sapari dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei melakukan pemantauan di tapak projek. Foto Len Talif Salleh (Facebook).

Dua projek RTP beri manfaat kepada warga Kampung Selalang

SARIKEI, 26 April : Penduduk Kampung Selalang di sini bakal menikmati dua projek baharu di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, antara projek yang dilaksanakan ialah menaik taraf Dewan Kampung Selalang dengan kos sebanyak RM300,000.

“Kerja-kerja naik taraf dewan itu melibatkan pemasangan penghawa dingin, kipas dinding, papan suiz utama (MSB) serta penaiktarafan transformer,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, satu lagi projek melibatkan pembinaan gelanggang serbaguna serta kerja-kerja penyelenggaraan padang sukan di kampung tersebut.

Len Talif berkata, projek tersebut akan memberi impak besar terhadap aktiviti riadah dan pembangunan belia, serta memperkasa prasarana luar bandar di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, satu pemeriksaan prestasi projek RTP N41 Kuala Rajang telah dijalankan semalam di Kampung Selalang bagi menilai kemajuan beberapa inisiatif pembangunan.

Pemeriksaan tersebut diketuai oleh Shahrizal Sapari dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei bersama Baijuri Jauji yang mewakili N41 Kuala Rajang.

Antara projek yang dipantau termasuk pembinaan baharu padang futsal Kampung Selalang yang kini sedang dalam pelaksanaan.

Turut serta dalam sesi lawatan tapak bagi projek naik taraf Jalan dari Rumah Merupi ke Rumah Resat, Sare ialah wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, Asmawadi, bersama Penghulu Bidai Gisang dan Tuai Rumah Resat.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan