Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Angka korban di Gaza hampiri 51,500, 56 lagi rakyat Palestin maut

ByBernama

ANKARA, 26 April: Serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 56 lagi rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 51,495 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan seramai 108 lagi mangsa cedera telah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan mencecah 117,524 orang dalam serangan berterusan Israel.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kenyataan itu.

Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac, menyebabkan 2,111 orang terkorban dan 5,483 lagi cedera, walaupun gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan telah berkuat kuasa sejak Januari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan