Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian bumbung yang rosak selepas atap dibadai angin kencang di Pine Court, Jalan Access, Kanowit, petang Jumaat. Foto APM Kanowit

42 penduduk terjejas ribut kencang di Kanowit

KANOWIT, 26 April: Seramai 42 penduduk merangkumi lapan isi rumah di Kanowit terjejas susulan ribut kencang yang melanda di beberapa kawasan di sini pada petang Jumaat.

Sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada pagi tadi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit segera menggerakkan dua anggota ke lokasi untuk pemantauan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu, Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, pemeriksaan mendapati semua rumah yang dipantau mengalami kerosakan serius pada bahagian atap akibat dibadai angin kencang.

“Hasil tinjauan mendapati semua lokasi yang diperiksa mengalami kerosakan atap yang teruk akibat ribut petang semalam.

“Syukur tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan di semua lokasi terkawal,” katanya.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Pisang serta kawasan perumahan di Pine Court, Jalan Access dan kediaman kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit.

Wan Mohd Jabir berkata, pihak APM bersama agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dan membantu mangsa yang terjejas, termasuk menilai keperluan bantuan susulan seperti pembaikan rumah dan keperluan asas lain.

Seorang pemilik rumah di Pine Court, Anjan Ngelambau, berkata hujan berterusan selepas atap bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang menyebabkan semua ahli keluarga berada dalam kebimbangan semalaman.

“Sebahagian daripada atap di bahagian bilik tidur di tingkat atas telah diterbangkan oleh angin kencang menyebabkan lantai bilik basah dan terdedah kepada hujan sepanjang malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Namun, beliau nekad membaiki kerosakan itu sendiri secepat mungkin bagi menggantikan bahagian bumbung yang terjejas pagi tadi.

Sehubungan itu, Wan Mohd Jabir turut menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada menghadapi perubahan cuaca tidak menentu dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kecemasan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan