Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah jenis syabu yang dirampas pihak polis daripada tiga suspek dalam dua serbuan berasingan di sekitar Daerah Kuching. Foto IPD Kuching

Syabu RM8,600 dirampas, tiga individu ditangkap

KUCHING, 25 Apr: Polis merampas dadah jenis syabu bernilai RM8,600 dalam dua serbuan berasingan di sekitar Daerah Kuching dan berjaya menangkap tiga suspek yang terdiri daripada dua lelaki serta seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, bagi kes pertama, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak membuat serbuan dan menangkap seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di tepi jalan Kampung Muara Tebas pada jam 9.45 malam Rabu.

“Sebanyak 33.45 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM3,300 dirampas manakala suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod lampau dadah.

“Suspek direman selama lima hari sehingga 29 April 2025, kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi kes kedua, pasukan JSJN, IPK Sarawak membuat serbuan dan menangkap seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 di kawasan parkir Timberland Park, Kuching pada jam 12.50 tengah malam Khamis.

“Sebanyak 52.75 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM5,300 dirampas dengan suspek lelaki mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Suspek lelaki tersebut juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine manakala suspek wanita mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah serta didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 30 April 2025 manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan