Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meneruskan mengunjungi rumah panjang sempena Pra Gawai di kawasannya pada Khamis.

Status K lambang keistimewaan rakyat Sarawak

BINTANGOR, 25 Apr: Status K dalam kad pengenalan menjadi lambang keistimewaan rakyat Sarawak yang wajar dijaga dengan baik untuk manfaat generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, status istimewa tersebut membolehkan rakyat Sarawak menikmati pelbagai insentif dan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

“Antaranya termasuk bantuan ibu mengandung, warga emas, golongan bujang dan berkeluarga serta pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasannya semalam.

Lawatan tersebut melibatkan empat buah rumah panjang di kawasan Sungai Selidap dan Sungai Petai.

Kuong Hiing menjelaskan, rakyat Sarawak turut menerima manfaat menerusi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan bantuan pendidikan kepada anak Sarawak di institusi pengajian tinggi.

“Inilah antara keistimewaan kita sebagai pemegang status K dalam kad pengenalan. Jagakan ia baik-baik dan hargainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru penduduk rumah panjang supaya terus menyokong kepimpinan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Di Sarikei, kita bertuah kerana mempunyai dua wakil rakyat komited terhadap kebajikan rakyat iaitu saya sendiri dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen P.208 Sarikei dan ADUN N.45 Repok Dato Sri Huang Tiong Sii,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan