Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Swasta St Joseph, Kuching, yang menjadi kebanggaan sekolah tersebut apabila mencatat keputusan cemerlang SPM 2024. Foto SJPSS

SPM 2024: SJPSS kekalkan rekod cemerlang, lapan pelajar raih 9A+

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 April: Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPSS) di sini mencatat pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 apabila semua pelajarnya memperoleh kelulusan penuh, sekali gus mengekalkan tradisi kecemerlangan sekolah berkenaan.

Pemangku Pengetua SJPSS, Stanley Goh berkata, pencapaian itu mencerminkan usaha gigih para pelajar dalam membuat persiapan rapi menjelang peperiksaan, selain dedikasi para guru yang menjadi tunjang sokongan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

“Ia mencerminkan matlamat SJPSS untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang seimbang, bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, tetapi turut membentuk pelajar menjadi insan muda yang berani, bijaksana dan seimbang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam peperiksaan tersebut, seramai lapan pelajar memperoleh keputusan cemerlang 9A+, manakala 43 pelajar lagi mencatat keputusan semua A. Sebanyak 59 pelajar pula berjaya memperoleh sekurang-kurangnya gred B dalam semua mata pelajaran.

Salah seorang pelajar cemerlang, Shamus Teo, berkata kejayaan tersebut merupakan hasil konsistensi dan disiplin sepanjang tempoh pembelajaran, berbanding hanya bergantung kepada bakat semata-mata.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru serta rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Alene Yeo, menyifatkan keputusan itu sebagai satu permulaan kepada perjalanan baharunya.

“Anda tidak perlu menjadi hebat untuk bermula, tetapi anda perlu bermula untuk menjadi hebat,” katanya ringkas namun penuh makna.

Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan lagi reputasi SJPSS sebagai antara sekolah swasta yang konsisten dalam melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan pembangunan sahsiah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan