Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail merakam kenangan bersama ahli-ahli Majlis Daerah Limbang pada majlis angkat sumpah di Limbang, hari ini. Foto TVS

Sistem grid elektrik negeri bakal lonjak sektor industri Limbang dan Lawas

LIMBANG, 25 April: Projek penyambungan sistem grid elektrik negeri ke wilayah utara Sarawak yang dijangka siap pada penghujung tahun ini bakal memastikan bekalan tenaga elektrik mencukupi, termasuk bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek yang dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) itu kini sedang giat dijalankan.

“Limbang dan Lawas akan disambungkan kepada sistem grid negeri pada hujung tahun ini. Ini bermakna bekalan elektrik tidak lagi terhad dan memberi peluang kepada pelabur untuk membangunkan industri di kawasan ini kerana adanya bekalan elektrik yang konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Limbang (MDL) bagi penggal 2025 hingga 2028, di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, projek berkenaan akan membawa lebih banyak penghantaran tenaga elektrik ke Miri, Limbang dan Lawas, sekali gus meningkatkan kapasiti bekalan elektrik yang stabil di kawasan berkenaan.

Mengenai MDL, beliau menegaskan bahawa ahli-ahli majlis memainkan peranan penting dalam melaksanakan agenda pembangunan daerah.

Mereka juga bertanggungjawab menjadikan Limbang sebuah kawasan yang lebih bersih, maju dan dinamik melalui kepimpinan akar umbi yang berwibawa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan