Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan Lampu Isyarat Paragon, Jalan Paragon, Bintulu, malam tadi.Foto IPD Bintulu

Seorang maut, nahas dua motorsikal di Jalan Paragon

BINTULU, 25 April: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Paragon, Jalan Paragon di sini, pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 11.49 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dan Yamaha RXZ.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Honda bergerak dari arah Pasar Lama Bintulu menuju ke Jalan Sultan Iskandar manakala penunggang motosikal jenis Yamaha RZX bergerak dari arah Park City menuju ke arah Kampung Baru.

“Semasa kejadian penunggang motosikal jenis Honda didapati melanggar lampu isyarat warna merah dan telah berlanggar dengan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ yang sedang bergerak dilaluannya semasa lampu isyarat warna hijau berdasarkan video dashcam yang diperolehi dari kenderaan orang awam yang berada dilokasi kejadian ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat daripada kemalangan itu kedua-dua mangsa iaitu lelaki lingkungan umur 30-an yang merupakan kedua-dua warga tempatan telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan lanjut.

“Pada jam lebih kurang 1 pagi mangsa iaitu penunggang motosikal jenis Honda telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital Bintulu ketika mendapat rawatan di Zon Merah dimaklumkan oleh abang kepada mangsa yang tampil membuat laporan polis pada pagi ini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan