Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tambahan 17 Unit Rumah Guru dan Lain-Lain Kemudahan di sekolah berkenaan, hari ini. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Pembinaan rumah guru SMK Agama Igan siap setahun lebih awal – Nanta

MUKAH, 25 April: Projek pembinaan rumah guru dan beberapa kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Igan, dekat sini berjaya disiapkan 30 Dis lepas, setahun lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ini merupakan bukti kecekapan dan komitmen tinggi pasukan pelaksana serta kontraktor tempatan dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI.

“Kita mahu projek siap lebih awal daripada jadual dan bukannya dilanjutkan masa,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tambahan 17 Unit Rumah Guru dan Lain-Lain Kemudahan di sekolah berkenaan, hari ini.

Projek bernilai RM16.39 juta itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui Pasukan Projek Khas 2 (PPK2).

Pembinaan kemudahan berkenaan pada asalnya dijadualkan siap pada penghujung tahun ini.

Skop kerja projek meliputi pembinaan 17 unit Rumah Guru Kelas F, sistem bekalan air dan saliran, perkhidmatan elektrik dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), tempat letak kereta berbumbung dan terbuka serta prasarana luar bangunan dan kemudahan sokongan lain.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Igan sebagai sokongan terhadap pembangunan komuniti sekolah.

“Semoga kemudahan dan sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada warga pendidik serta menyumbang kepada suasana pembelajaran yang lebih kondusif untuk anak-anak Sarawak,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan