Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi menyerahkan duit raya kepada anak-anak SK Gadong. Foto TVS.

Pelajar perlu kuasai teknologi terkini

LIMBANG, 25 Apr: Pelajar perlu menguasai teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang kini menjadi keperluan dalam dunia serba canggih dan moden.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kemahiran tersebut penting untuk mengelak mereka ketinggalan dalam arus kemodenan.

Malah menurutnya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital serta automasi.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada sekolah untuk menganjurkan pelbagai aktiviti untuk manfaat anak-anak.

“Ibu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak sejajar perkembangan dunia teknologi tinggi, AI dan sebagainya, itulah harapan kita menghantar mereka ke sekolah untuk menjadi anak cemerlang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Ilmu Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong hari ini.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan, ibu bapa hendaklah memberi sokongan padu dan dorongan berterusan kepada anak-anak untuk memastikan mereka mencapai kejayaan.

Tambahnya, dorongan dan sokongan ibu bapa dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk mencapai matlamat ditetapkan.

“Kerajaan sentiasa cakna terhadap keperluan pendidikan dengan menyediakan prasarana pendidikan bagi melahirkan modal insan cemerlang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan