Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majlis Daerah Siburan paling muda

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 April: Majlis Daerah Siburan yang baharu ditubuhkan melakar sejarah selepas muncul sebagai majlis daerah termuda di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penubuhan majlis tersebut merupakan langkah penting dalam memperkukuh sistem pentadbiran dan memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada penduduk Siburan.

Malah menurutnya, ia juga menjadi penanda aras kepada pembangunan lebih tersusun di kawasan tersebut.

“Majlis Daerah Siburan kini merupakan majlis daerah yang paling muda dan baharu ditubuhkan. Penubuhan ini mencatatkan sejarah tersendiri bagi Majlis Daerah Siburan dan anda semua merupakan kumpulan pertama yang dilantik.

“Saya yakin anda berada dalam tangan yang baik dan anak-anak muda kita di sini akan memikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Siburan bagi penggal baharu 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 di sini, hari ini.

Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, penubuhan Majlis Daerah Siburan juga menyaksikan pelantikan pengerusi pertama majlis berkenaan sekali gus memberi cabaran dan peluang kepada barisan kepimpinan baharu untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Tambahnya, barisan kepimpinan Majlis Daerah Siburan juga dilihat sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dalam melihat keadaan dan hubungan kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Pada masa sama beliau menasihati setiap ahli majlis mengutamakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mematuhi undang-undang dan memahami batasan yang wujud dalam penggunaan sumber.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya. Perlu bijak mengurus kerana sumber adalah terhad,” ujarnya.

Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Siburan bagi penggal baharu 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 32 barisan kepimpinan mengangkat sumpah termasuk pengerusinya Ranum Bari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan