KUCHING, 25 Apr: Polis berjaya menangkap seorang lelaki tular di media sosial selepas cuba melakukan aktiviti samun.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan tangkapan suspek berusia 38 tahun itu dilakukan semalam.
“Rakaman tersebut memaparkan kejadian seorang lelaki cuba melakukan samun berjaya ditangkap orang awam di kawasan berhampiran sebuah bank di kawasan Tabuan Jaya.
“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah.
“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Jelasnya, pihak polis turut mengalu-alukan maklumat orang ramai sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Tan Chiang Fool ditalian 018-2628805. -TVS