Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam (tengah) ketika Mesyuarat Projek Naik Taraf Jajaran Jalan Paya Bakong di Betong pada Jumaat . Foto TVS

Kerja naik taraf jajaran Paya Bakong berjalan lancar

BETONG, 25 April: Projek menaik taraf jalan ladang di sepanjang jajaran Jalan Paya Bakong sepanjang 5. 19 kilometer (km)  bernilai RM 12 juta di sini sedang giat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek menyelenggara dan menaik taraf jajaran jalan tersebut dibahagikan kepada dua fasa dengan masing-masing menerusi peruntukan di bawah Program Projek Rakyat dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Projek fasa pertama dengan kos sebanyak RM 6 juta telah bermula pada Isnin 21 April yang lepas.

“Ia nya akan mengambil masa duabelas bulan untuk disiapkan pada April tahun depan,” katanya ketika ditemui TVS selepas Mesyuarat Menyelenggara dan Menaik Taraf Jalan Paya Bakong dan Jajaran Debak di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong disini pada Jumaat.

Menurut ADUN Saribas itu, pembinaan jambatan konkrit sepanjang 35 Meter melibatkan kos sebanyak RM 6 juta juga akan dimasukkan dalam fasa kedua projek.

“Jambatan ini amat diperlukan kerana kawasan ini dikelilngi oleh kebun-kebun kecil milik penduduk.

“Jadi, pembinaan jambatan ini mengantikan jambatan gantung sepertimana sebelumnya amat penting dalam memudahkan pekebun sawit membawa keluar hasil kebun masing-masing kelak,” katanya.

Untuk rekod, terdapat tiga buah kampung berada disepanjang jajaran Jalan Paya Bakong iaitu Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Bungey Lalang.

Turut hadir, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, Jason Ng Boon Tuan, Perancang Bandar Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong, Morris Nayup dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat serta Ketua-Ketua agensi kerajaan berkaitan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan