Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JKDM Bintulu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 3,260.47 gram yang dianggarkan bernilai RM97,814.10 ke daerah ini pada Mac 2025. Foto JKDM Bintulu

Kastam Bintulu rampas ganja 3.3kg

BINTULU, 25 Apr: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 3,260.47 gram yang dianggarkan bernilai RM97,814.10 ke daerah ini pada Mac 2025.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, rampasan tersebut dilakukan pada 24 Mac lalu kira-kira jam 9.05 pagi oleh sepasukan anggota dari Unit Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bintulu.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas satu bungkusan mencurigakan di Pejabat Pos Bintulu yang beralamat di Jalan Tun Razak, Bintulu.

“Pemeriksaan rapi ke atas bungkusan itu menemui sebanyak 30 paket ketulan mampat yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norizan, ganja adalah dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Bahagian I, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bungkusan tersebut dipercayai dihantar dari Pasir Mas, Kelantan dan dibawa masuk ke Sarawak melalui perkhidmatan kurier.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Sekiranya hukuman penjara seumur hidup dikenakan, pesalah juga hendaklah disebat tidak kurang daripada 15 sebatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan