Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan operasi menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian. Foto BBP Bintangor.

Guna pengusung keluarkan mangsa kemalangan jalan raya

BINTANGOR, 25 April: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Narasit, Bintangor, Sibu hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.42 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima makluman berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati seorang mangsa iaitu pemandu kenderaan Toyota Land Cruiser masih berada di dalam kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menstabilkan mangsa dengan menggunakan alat C-Collar sebelum mengeluarkannya daripada kenderaan.

“Mangsa yang masih dalam keadaan sedar berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung sahaja tanpa memerlukan penggunaan peralatan penyelamatan khas (RTA),” ujarnya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan dan rawatan lanjut.

Kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi kejadian turut dilakukan dan setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, pasukan bomba kembali ke balai. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan