Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan upacara simbolik pemotongan “kek palak meja” di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2025. Foto TVS

Abang Johari serikan Rumah Terbuka Aidilfitri SEDC 2025

ByAdlina Rahman

KUCHING, 25 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2025 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 3:30 petang disambut mesra oleh Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain serta Pengurus Besar, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk tarian ikonik “Tarian Nopeng” yang dipersembahkan oleh kumpulan penari dari Kampung Budaya Sarawak (SCV), diiringi alunan gendang tradisional Melayu Sarawak yang memukau para tetamu.

Sebagai simbolik perasmian, Abang Johari turut memotong ‘kek palak meja’ iaitu tradisi Melayu Sarawak yang melambangkan penghormatan, permulaan yang baik serta semangat perpaduan dalam sesebuah majlis.

Untuk rekod, ini merupakan penganjuran sulung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SEDC, yang turut dihadiri oleh semua anak syarikatnya serta rakan strategik korporat.

Penganjuran majlis ini mencerminkan penghargaan SEDC kepada kementerian, jabatan kerajaan, agensi, rakan sektor swasta dan para rakan strategiknya yang sentiasa mendukung usaha menjadikan SEDC sebagai agensi pembangunan ekonomi utama di Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut dijadual menghadiri Majlis Apresiasi Warga Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR) Tahun 2025 yang bakal berlangsung pada jam 8 malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan