Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berusia 38 tahun pengsan selepas kereta dinaiki terbabas di tebing jalan di Jalan KJD berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong, Bintangor hari ini. Foto JBPM

Wanita pengsan selepas kemalangan

BINTANGOR, 24 April: Seorang wanita berusia 38 tahun yang pengsan selepas kereta dinaiki terbabas di tebing jalan di Jalan KJD berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong di sini, hari ini.

Komander Operasi, Mijan Pamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.43 petang dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi telah terbabas ke tepi tebing jalan ketinggian anggaran 3 hingga 4 kaki.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan seorang mangsa wanita yang pengsan didalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lelaki dewasa berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Mangsa seterusnya telah dihantar ke Klinik Bintangor dengan menggunakan kenderaan ahli keluarga yang telah berada di lokasi kejadian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan