Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan Perodua Alza dan bas persiaran di Tuaran. Foto JBPM Sabah

Wanita maut kemalangan kereta, bas persiaran

TUARAN, 24 Apr: Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan bas persiaran di Jalan Sulaman Gayang petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang melalui talian MERS999.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang terbabas sebelum merempuh belakang bas persiaran di tepi jalan.

“Dua mangsa yang tersepit dalam kereta tersebut berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa wanita berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran diketuai Dendrell Jauli tiba di lokasi kira-kira jam 3.06 petang yang terletak 25 kilometer dari balai.

Turut membantu dalam operasi ialah tiga anggota KKM dan dua anggota polis dengan penggunaan satu jentera FRT dan satu unit EMRS.

Pemeriksaan lanjut turut dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.05 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan