Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026

ByBernama

HANOI, 24 April: Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.

Kerajaan menetapkan bahawa kerja-kerja pembinaan, perolehan dan pemasangan peralatan bagi projek itu perlu disiapkan menjelang 2035 bagi membolehkan ia mula beroperasi secara rasmi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik satu resolusi yang dikeluarkan pada Rabu.

Majlis Kebangsaan Vietnam meluluskan dasar pelaburan bagi projek itu pada November lalu, dengan jumlah pelaburan mencecah 1.7 kuadrilion dong Vietnam (sekitar AS$65.2 bilion).

Projek itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang kira-kira 1,541 kilometer, lengkap dengan 23 stesen penumpang dan lima stesen kargo, serta direka mencapai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan