Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri John Sikie Tayai menyampaikan beg sekolah kepada pelajar semasa Program Jangkauan Luar MLNG Bestari di SK Nanga Tau, Sungai Anap, Tatau pada Rabu. Foto TVS

Tiga projek pembangunan bakal rancakkan sektor sosioekonomi Nanga Tau

TATAU, 24 April: Tiga projek pembangunan termasuk dua dalam sektor pertanian dan ternakan berskala besar serta satu projek jalan raya utama bernilai RM225 juta dicadangkan untuk dilaksanakan di kawasan Nanga Tau.

Menurut Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, projek-projek berkenaan melibatkan skim ternakan khinzir dan penanaman padi berskala besar yang akan merangkumi kawasan hingga ke Ulu Kakus.

“Skim ternakan khinzir yang sebelum ini dirancang di Samarakan telah dicadangkan untuk dipindahkan ke Nanga Tau bagi dibangunkan sebagai projek berskala besar.

“Selain itu, kawasan antara Anap dan Kakus di sekitar Ulu Maying turut dikenal pasti untuk pembangunan skim penanaman padi berskala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Jangkauan Luar MLNG Bestari di SK Nanga Tau, Sungai Anap, di sini pada Rabu.

Jelas beliau, perancangan berkenaan kini sedang diteliti oleh Jabatan Pertanian Sarawak melalui kajian penilaian potensi tanah bagi tujuan pembangunan menyeluruh projek penanaman padi, khususnya di kawasan tanah yang telah diratakan di Nanga Tau.

Dalam pada itu, cadangan pembinaan jalan raya baharu juga sedang dipertimbangkan bagi menghubungkan laluan dari simpang kem ke Nanga Tau dan seterusnya ke Ulu Kakus.

“Kita mencadangkan pembinaan jalan dari simpang kem ke Nanga Tau dan terus ke Ulu Kakus dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM225 juta,” ujarnya.

John Sikie turut menyeru penduduk setempat agar memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan demi manfaat masyarakat di kawasan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan