Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juliet Judy Bangai, Nageena Adelia dan Elizabeth Bulan Oktopianus bersama-sama jurulatih, Hasnul Hadi Shawal pada Kejohanan Sarawak Youth (U17) Fencing Challenge 2025 di MYY Mall, Miri, hari ini. Foto Billy Batang TVS

Tiga atlet lawan pedang Sarawak curi tumpuan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 24 April: Tiga atlet lawan pedang wanita Sarawak menunjukkan prestasi tinggi dalam Kejohanan Lawan Pedang Belia Sarawak (B17) 2025 yang masing-masing meraih pingat.

Juliet Judy Bangai yang menyertai acara foil wanita berjaya merangkul pingat emas selepas menampilkan aksi konsisten sepanjang kejohanan.

“Saya berlatih setiap hari, kadang-kadang pagi dan petang. Tapi saya biasanya berlatih waktu petang. Saya selalu galakkan diri saya untuk capai matlamat.

“Cabaran paling mencabar bagi saya adalah peserta datang dari pelbagai negeri dan luar negara. Harapan saya selepas ini ialah untuk terus kejar matlamat dan capai lebih banyak kejayaan,” katanya ketika ditemui TVS pada Kejohanan Kejohanan Lawan Pedang Belia Sarawak (B17) 2025 di MYY Mall, Miri, hari ini.

Elizabeth Bulan Oktopianus pula membawa pulang pingat gangsa dalam kategori sama.

Katanya, Elizabeth mengakui cabaran utama adalah membahagikan masa antara latihan dan pelajaran sebagai seorang pelajar.

“Saya selalu pergi berlatih walaupun kadang-kadang susah sebab saya juga seorang pelajar. Ingin bahagi masa tu memang mencabar.

“Cabaran saya adalah diri saya sendiri. Kadang-kadang susah nak lawan perasaan dan mental sendiri, bukan lawan fizikal sahaja. Harapan saya ialah untuk terus berubah dan jadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam acara sabre wanita, Nageena Adelia turut mengukir nama selepas memenangi pingat emas.

Nageena menekankan kepentingan pengurusan emosi dan pemikiran positif dalam menghadapi pertandingan.

“Saya berlatih lebih berat dan cukupkan rehat. Saya cuba untuk tidak dipengaruhi pemikiran negatif yang membawa kepada kekalahan.

“Cabaran terbesar adalah diri saya sendiri. Tapi saya belajar untuk atasi itu semua. Harapan saya adalah untuk terus berlatih bersungguh-sungguh dan cuba capai impian untuk berada dalam pasukan kebangssan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan