Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada sidang media pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 bagi calon-calon Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto: TVS

Semua pelajar SMK Long Bedian layak terima sijil

KUCHING, 24 Apr: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian, Baram yang terletak 197 kilometer (KM) dari pusat bandar Miri bukan penghalang untuk melakar kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kejayaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan dan kerjasama pelajar, guru dan ibu bapa.

“Saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana SMK Long Bedian, Baram berjaya mencapai kejayaan 100 peratus layak menerima sijil dan saya berharap momentum ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2024 bagi calon Sarawak di Kuching pada Khamis.

Lebih manis lagi menurutnya, seorang pelajar SMK Long Bedian iaitu Wilfred Anyi Wellis memperoleh A dalam semua matapelajaran didudukinya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan