Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor menyertai panel diskusi bertajuk “Building Tomorrow’s Tourism Workforce” pada Persidangan Tahunan PATA di Turkiye, Istanbul. Foto STB

Sasaran lima juta pelancong mampu dicapai

ByRadzi Ahmad

ISTANBUL, 24 Apr: Sarawak dijangka mencapai sasaran lima juta pelawat menjelang akhir tahun 2025 dipacu komitmen jitu kepada pelancongan mampan dan berteraskan komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor berkata, dengan 4.83 juta ketibaan pelawat direkodkan pada 2024, peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 2023 membuktikan kekuatan produk pelancongan Sarawak berpaksikan keaslian budaya, ekopelancongan dan inovasi.

Menurutnya, Sarawak juga memperkasa komuniti pelancongan termasuk barisan hadapan dan masyarakat peribumi dengan kemahiran digital serta pengetahuan seiring perubahan landskap global.

“Di Sarawak, kita tidak membina tenaga kerja hanya untuk keadaan mudah, kita melatih mereka untuk belayar meredah badai.

“Daripada barisan hadapan hinggalah kepada komuniti peribumi, kita memperkasa rakyat di seluruh rantaian nilai pelancongan dengan alat digital dan kemahiran masa depan.

“Apabila industri berubah, kita juga harus berubah dan Sarawak berbangga menjadi pemain yang progresif dalam perjalanan ini,” katanya.

Sharzede berkata demikian pada sesi perbincangan Persidangan Tahunan PATA 2025 di Istanbul, Türkiye yang berlangsung dari 21 hingga 23 April.

Sharzede turut mengetengahkan Sarawak sebagai wilayah yang pantas dalam mengadaptasi pendekatan digital dalam strategi pemasaran pelancongan, pengurusan kempen serta latihan akar umbi.

Menurut kenyataan media pada Rabu, penyertaan delegasi Sarawak pada persidangan itu mencerminkan komitmen wilayah ini terhadap pembangunan pelancongan lestari.

Sepanjang persidangan, STB giat menyertai sesi pertukaran ilmu melalui acara rangkaian termasuk Youth Symposium dalam usaha mengukuhkan sokongan kepada generasi pemimpin pelancongan masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan