Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa menyaksikan Dato Dr Richard Rapu Begri yang dilantik sebagai Pengerusi MDB yang baharu menandatangani watikah pelantikkan beliau. Foto TVS

Pengurusan sisa moden di Betong

BETONG, 24 Apr: Majlis Daerah Betong merancang untuk beralih kepada pengurusan sisa dan pembuangan sampah moden dengan menggunakan loji rawatan termal atau insinerator dalam menjadikannya daerah terbersih.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain insinerator, fasiliti pembuangan sampah secara kitar semula juga digunakan bagi mengasingkan sampah organik, plastik dan kertas di di kawasan Betong.

“Bukan saja insinerator tetapi kita ada fasiliti kitar semula, organik, plastik dan kertas agar dapat dikitar semula.

“Cara ini boleh mendatangkan pendapatan kepada majlis, yang pentingnya majlis perlu memainkan peranan untuk menyebarkan kepentingan pengurusan sampah yang baik.

“Jangan buang sampah ke sungai dan sebagainya serta mana-mana kontraktor dilantik juga buat kerja dan menguruskan sampah itu dengan sebaiknya,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) di Betong.

Menurutnya, majlis daerah memainkan peranan penting dalam pembangunan sesuatu kawasan.

MDB katanya akan merancang program lebih terarah kepada usaha meningkatkan kemajuan termasuk aspek kebersihan dengan pengurusan sampah lebih yersusun dan moden dalam tempoh masa tiga tahun ini.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, pengurusan sampah untuk komuniti dengan melaksanakan kaedah kitar semula lebih tersusun boleh menjadi sumber pendapatan penduduk di kawasan Betong.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan