Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri Menghadiri Program Inspirasi Wanita: International Conference For Empowering Women’s Inclusive Leadership (ICEWIL) pada harini di Putrajaya. Foto TVS

Pemilihan berdasarkan parti antara punca peratusan ahli parlimen wanita menurun

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 24 April: Pemilihan wakil rakyat berdasarkan parti politik merupakan antara faktor penyumbang kepada penurunan peratusan penglibatan wanita sebagai ahli parlimen, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, jumlah ahli parlimen wanita kini hanya mencatatkan 13.36 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi, berbanding 14 peratus pada tahun 2008.

“Ini tidak bermakna parti politik tidak menghantar calon wanita, tetapi trend di Malaysia adalah mengundi parti,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita: International Conference for Empowering Women’s Inclusive Leadership (ICEWIL) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyatakan harapan agar lebih banyak kertas cadangan berkaitan penglibatan wanita dalam politik dikemukakan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS).

Jelasnya, setakat ini PERANTIS hanya menerima dua kertas cadangan berkaitan politik daripada 25 yang diterima pada tahun lalu.

“Oleh sebab itu kita perlukan lebih banyak program kepimpinan seperti ini kerana kita boleh mendedahkan orang muda kepada aspek kepimpinan,” ujarnya.

Tambah beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menyediakan geran berjumlah RM50,000 bagi setiap kertas cadangan yang diterima di bawah PERANTIS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan