Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Makan Malam Gala Negeri sempena Mesyuarat ke-33 Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC), pada Khamis. Foto TVS

Pembangunan Sarawak selari aspirasi ASEAN

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 24 April: Pendekatan pembangunan Sarawak yang merangkumi pemeliharaan alam sekitar, hak masyarakat peribumi dan penyertaan menyeluruh rakyat meletakkan wilayah ini sehaluan dengan aspirasi rantau ASEAN.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kekuatan Sarawak yang terletak pada kepelbagaian etnik, model pembangunan yang inklusif dan komitmen terhadap ekonomi hijau seiring dengan tema ASEAN 2025, “Inklusiviti dan Kelestarian”.

“Kita sehaluan dengan ASEAN dan turut menyumbang secara aktif kepada rantau ini sekali gus membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Negeri sempena Mesyuarat ke-33 Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC), pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan lebih 55 peratus pelawat ke Sarawak pada tahun ini datang dari negara-negara ASEAN sekali gus membuktikan hubungan erat serantau yang terjalin menerusi pelancongan dan budaya.

“Sehingga Mac tahun ini, Sarawak telah mencatatkan 581,775 ketibaan pelawat dari negara-negara ASEAN dengan Brunei Darussalam dan Indonesia menyumbang bahagian terbesar masing-masing sebanyak 67 peratus dan 28 peratus,” ujarnya.

Beliau turut menyeru negara-negara ASEAN untuk bergerak seiring dan berganding bahu terutama dalam menghadapi ketegangan perdagangan global masa kini bagi menjamin kemakmuran bersama tanpa mengabaikan prinsip kelestarian.

Majlis yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam turut dihadiri delegasi dari negara-negara ASEAN selain diserikan dengan persembahan kebudayaan yang mencerminkan keunikan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan