Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Aaron Ago Dagang pada Majlis Pelancaran Pameran Semangat ASEAN, Pameran Karya Agung, dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Muzium Malaysia (JMM) di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Pameran Semangat ASEAN tonjol pencapaian negara kepada dunia – Aaron

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 24 April: Penganjuran Pameran Semangat ASEAN bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan tradisi negara-negara ASEAN, tetapi juga menonjolkan pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi contoh kepada dunia dalam hal perpaduan dan integrasi pelbagai kaum.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, pameran anjuran Jabatan Muzium Malaysia yang berlangsung dari 21 April hingga 31 Ogos 2025 itu menampilkan 120 koleksi dari negara-negara ASEAN, dengan mengetengahkan warisan budaya, sejarah, dan amalan lestari yang mencerminkan keunikan setiap negara anggota.

“Pameran ini juga memberi makna kepada kita sebagai Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

“Pameran ini juga akan membolehkan kita memberi penerangan kepada wakil-wakil ASEAN dan pada masa yang sama, ia juga menjadi platform untuk mereka menilai persediaan kita dalam meraikan kepengerusian ASEAN tahun ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Pameran Semangat ASEAN, Pameran Karya Agung, dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Muzium Malaysia (JMM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JMM, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim.

Dalam pada itu, Aaron turut mengumumkan bahawa koleksi The Birth of ASEAN yang dicalonkan oleh Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Thailand berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO pada 17 April lepas di Paris.

Katanya, deklarasi ASEAN bertarikh 8 Ogos 1967 daripada Arkib Negara Malaysia merupakan salah satu bahan yang menyumbang kepada kejayaan bersejarah itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan