KUCHING, 24 April: Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadamkan kereta terbakar di Jalan Kilang, di sini, petang tadi.
Komander Operasi, Tahir Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.23 petang dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Jenis Honda Jazz yang terbakar 80 peratus di bahagian enjin serta bahagian pemandu.
“Tiada operasi pemadaman dilakukan disebabkan kebakaran telah dipadam oleh orang awam menggunakan empat unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tindakan anggota bomba hanya memastikan kebakaran padam sepenuhnya.-TVS