Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, berhampiran SMK Melugu, Sri Aman, hari ini. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri

SRI AMAN, 24 April: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia 31 tahun cedera di bahagian kaki.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.18 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang menghala ke Kuching telah terbakar keseluruhan akibat daripada kemalangan kendiri dan terbabas ke dalam parit.

“Anggota telah berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera serta sumber air tangki jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai di lokasi .

“Unit EMRS telah melakukan pemeriksaan perubatan terhadap mangsa dan mendapati mangsa stabil serta hanya mengalami cedera ringan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan