Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodua (kiri) menyerahkan dokumen perintah kepada Labang sambil disaksikan oleh Zulkipli pada majlis serah tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu hari ini. Foto IPD Sibu

Labang Manggi kini Ketua Balai Polis Sibu Jaya

SIBU, 24 Apr: ASP Labang Manggi hari ini mengambil alih jawatan Ketua Balai Polis Sibu Jaya daripada Inspektor Rodua Tayo pada majlis serah tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Majlis disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili bersama ketua-ketua bahagian, pegawai balai, pegawai rendah dan kakitangan awam.

Rodua akan bertugas sebagai Timbalan Komander Pusat Kawalan Kontinjen di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bermula 28 April ini.

Ketika berucap, Zulkipli memuji kedua-dua pegawai atas dedikasi dan profesionalisme tinggi serta menekankan peranan penting mereka dalam tugasan masing-masing sebelum ini.

“ASP Labang membawa kepakaran dalam siasatan jenayah dan pemantapan rondaan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Rodua turut mengucapkan penghargaan atas sokongan masyarakat Sibu Jaya dan terus memberi kerjasama kepada kepimpinan ketua polis balai baharu.

“Saya yakin ASP Labang akan terus menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk Sibu Jaya” ujarnya.

Manakala ASP Labang pula menyatakan beliau akan memberi fokus dalam meningkatkan rondaan kejiranan, mempercepat tindak balas dan mengukuhkan kerjasama komuniti.

“Bersama-sama kita memastikan Sibu Jaya kekal sebagai kawasan yang selamat dan terjamin untuk semua.” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan