Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni. Foto TVS

KKM atasi kekurangan doktor pakar

GEORGE TOWN, 24 April: Kementerian Kesihatan (KKM) meyakini bahawa struktur penjawatan dan latihan kepakaran sedia ada mampu mengatasi isu kekurangan doktor pakar di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ketika ini kerajaan sedang melaksanakan penstrukturan jawatan dalam KKM, di samping meluluskan penjawatan tetap kepada 800 doktor pakar setiap tahun sejak 2023.

“Saya cukup yakin dengan penstrukturan penjawatan pegawai perubatan dan pakar sedia ada serta kajian ‘maldistribution’ yang kita lakukan. Dari kajian itu, kita dapat melihat di mana kelompongan dan kekurangan pakar-pakar.

“Sudah pasti, ini adalah isu berterusan dan masih banyak lagi bidang-bidang yang belum kita kuasai dan memerlukan kepakaran,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran ‘Miracle Baby Programme’ yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di Hospital Pulau Pinang di sini.

Lukanisman berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu kekurangan doktor pakar di hospital atau klinik kerajaan yang turut disumbangkan oleh penurunan pendaftaran doktor dan doktor pelatih saban tahun, selain trend pemberhentian doktor pelatih.

Sementara itu, katanya, dalam masa sama, Akta Perubatan 1971 (Akta 50) yang telah dipinda dengan mewujudkan ‘parallel pathway’, yang membolehkan lebih banyak pakar dapat dilahirkan melalui laluan alternatif, merupakan salah satu usaha mengatasi isu itu.

“Sebanyak 692 pakar menggunakan laluan parallel pathway ketika ini, di samping 6,211 orang pegawai perubatan sedang menjalani latihan kepakaran.

“Dalam masa yang sama, negara menyediakan 1,650 slot latihan pakar setiap tahun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, KKM turut menerima permintaan untuk membawa pakar-pakar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dengan menawarkan insentif bagi mengatasi isu terbabit di kedua-dua wilayah berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan