Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di sini. Foto Media sosial

Kes penghantar makanan tampil mesej unsur penghinaan: Polis buka kertas siasatan

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 24 April: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbuatan penghantar makanan tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah di Machang Bubok di sini membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan