Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Kemaskini BNM, Perbendaharaan akan teliti semula laporan terkini KDNK Malaysia oleh IMF – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 April: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbendaharaan akan meneliti semula penilaian terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia, seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memberikan kenyataan lengkap mengenai perkara itu dalam Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, semakan semula KDNK sebenar itu bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk negara lain.

“Itu adalah semakan di peringkat antarabangsa bagi dunia, Amerika Syarikat, China dan kebanyakan negara, ia sedikit menurun.

“Kami (kerajaan), BNM, dan Perbendaharaan kini akan meneliti semula dan menyemak serta mengumumkan (maklum balas kami),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Kastam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

IMF menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Dunia April 2025 bertajuk ‘A Critical Juncture amid Policy Shifts’ yang dikeluarkan pada Rabu, telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar bagi Malaysia kepada 4.1 peratus tahun ini daripada anggaran 4.7 peratus pada Januari, seiring dengan penurunan unjuran serantau.

Sementara itu, IMF juga mengunjurkan KDNK sebenar Malaysia berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2026.

Selain Malaysia, IMF mengurangkan unjuran pertumbuhan globalnya bagi 2025 kepada 2.8 peratus turun 0.5 mata peratus daripada unjuran pada Januari.

Dalam kalangan rakan serantau Malaysia, IMF juga mengurangkan prospek pertumbuhan 2025 Indonesia kepada 4.7 peratus daripada 5.1 peratus.

Filipina kini diunjur berkembang sebanyak 5.5 peratus daripada unjuran 6.1 peratus peratus sebelum ini, manakala pertumbuhan Thailand disemak semula kepada 1.8 peratus daripada 2.9 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan