Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di kementeriannya di Putrajaya, hari ini. Foto TVS

Jumlah kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan akan diumum

KUALA LUMPUR, 24 April: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menaikkan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan, namun jumlah kenaikan itu akan diumumkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menegaskan bahawa kebajikan petugas kesihatan sentiasa menjadi keutamaan di bawah pentadbirannya.

“Pastinya kita akan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Seperti yang semua rakan-rakan media tahu, saya memperjuangkan perkara yang berkaitan dengan elaun ini, termasuk kenaikan ETAP.

“Dan ia telahpun mendapat persetujuan. Cuma untuk mengumumkan jumlahnya, saya diminta untuk menunggu,” katanya kepada media selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

ETAP merupakan imbuhan khas kepada pegawai perubatan yang menjalankan tanggungjawab tambahan merawat pesakit ketika bertugas secara ‘on-call’ di luar waktu kerja biasa.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly turut memaklumkan bahawa KKM komited untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan kawal selia terhadap produk rokok elektronik dan vape menerusi pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Katanya, akta tersebut bertujuan melindungi rakyat, khususnya golongan belum dewasa, daripada terlibat dalam penggunaan produk berbahaya itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan