Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah merakamkan gambar kenangan bersama-sama tenaga pengajar Kolej Datu Tuanku Haji Bujang. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Institusi pendidikan bentuk pelajar saling menghormati

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Apr: Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan komuniti sekolah terus disemarakkan menerusi sambutan RIMUP Gong Xi Raya 2025 anjuran Kolej Datu Tuanku Haji Bujang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, adalah penting untuk institusi pendidikan membentuk generasi muda yang mempunyai jiwa perpaduan dan integriti.

“Perkara sebegini haruslah diteruskan dalam kalangan generasi kita khususnya anak-anak kita di sekolah… inilah tempat kita belajar hidup bersama, memahami perbezaan dan menjadikan perpaduan sebagai kekuatan.

“Kita harus pastikan semangat toleransi dan perpaduan ini terus subur kerana negara kita memerlukan sokongan semua kaum untuk terus membangun,” katanya ketika berucap pada program RIMUP Gong Xi Raya 2025 di Kolej Datu Tuanku Haji Bujang di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hasbi turut bimbang terhadap pengaruh negatif media sosial terhadap remaja masa kini yang dilihat mampu mengugat keharmonian masyarakat jika tidak dibendung.

“Di zaman sekarang ini, banyak perkara tidak baik disebarkan melalui media sosial yang boleh menyebabkan perpecahan kaum… kita mesti bijak menanganinya. Sebab itu penting untuk kita terus amalkan toleransi dan kasih sayang antara kaum,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyumbangkan RM15,000 kepada kolej tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program perpaduan yang dijalankan.

Program RIMUP Gong Xi Raya bukan sahaja mengukuhkan nilai hormat-menghormati antara kaum tetapi turut menyatupadukan pelajar melalui aktiviti berkonsepkan budaya dan warisan pelbagai kaum selaras dengan konsep Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan