Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwakilan asing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 April: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Cuba Yadira Ledesma Hernandez, Duta Besar Georgia Irakli Asashvili, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom Ajay Sharma dan Aloys Bizindavyi (Burundi).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Mait Martinson (Estonia), Mario José Armengol Campos (Nicaragua), Marie Claire Mukasine (Rwanda) dan Allan Joseph Chintedza (Malawi).

Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan